Sunday 8 April 2012

New BLOG address

Sila layari surauibnukhaldunlavenderheights.blogspot.com untuk maklumat terkini Surau Ibnu Khaldun

..kami sedang menaik-taraf/membaiki BLOG surau untuk kemudahan anda semua...

Friday 11 November 2011

Menyingkap Sejarah Tokoh Islam Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun



Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.
Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.
Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."

Thursday 10 November 2011

CARTA ORGANISASI SURAU IBNU KHALDUN

PENGERUSI
Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harun.

 TIMBALAN PENGERUSI
  Hj. Hamzah bin Abd Hamid.

SETIAUSAHA
Hj. Abdul Shukor bin Mahat.

BENDAHARI
 Hj. Mohd Shahrer bin Hanipi

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
 
Biro Ekonomi & Kewangan
Dato' Hj Abu Kassim bin Mohd Noor
Biro Dakwah
En. Mohd Hamka bin Abd Rani
Biro Belia & Kanak-Kanak
En. Khairulaini bin Jamil
Biro Keselamatan, Keraian dan Prasarana 
Hj. Harun bin Yaakub
Biro Kebajikan & Sosial
 Hj. Abd Rashid bin Diron
Biro Komunikasi & Siaraya
En. Mohd Fazlie bin Mohamedd Yusoff
Biro Hal Ehwal Wanita
Datin Hjh Murni binti Sidin
Hjh Norijan binti Masri
Hjh Saodah binti Aminon
Hjh Saadah Fazillah binti Salleh.
Tugas-tugas Khas
En. Mohd Badrul Hisham bin Hj Mohd Sudin
PEGAWAI-PEGAWAI SURAU
IMAM
En. Mohd Hamka bin Abdul Rani
Hj Jumali bin Suratman
Hj Shahrer bin Hanipi
En. Wisham bin Abu Bakar
SIAK
En. Ariffin bin Lihin
Hj Ariffin bin Mat Shah
Hj Ariffin bin Mohd Said
En. Azman
MUAZIN
Hj Abdul Shukor bin Mahat
Hj Jalil bin Sarejo
 En. Mohd Badrul Hisham bin Hj Mohd Sudin
Hj Harun bin Yaakob


PELANCARAN BLOG SURAU IBNU KHALDUN, LAVENDER HEIGHTS

Alhamdulillah, semoga laman blog ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Lavender Heights.